TEMA 1: PENCAPAIAN
KENDIRI
WAWASAN DIRI
1.Wawasan diri merujuk kepada suatu pandangan
masa depan yang jauh dengan
matlamat yang pasti.
2.Wawasan diri yang positif harus dibina
dengan:
· mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
· menyedari minat peribadi.
· mengenali personaliti diri.
3. Wawasan diri dapat dicapai dengan
menentukan matlamat yang ingin dicapai,
menggariskan
rancangan yang perlu diambil dan senarai tindakan terhadap rancangan
tersebut.
4. Matlamat merupakan sesuatu yang
dapat dilaksanakan dan mesti bersesuaian dengan
minat dan
kebolehan individu.
5. Rancangan merupakan garis
panduan yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan
wawasan ini.
6. Tindakan merupakan usaha yang
dilaksanakan untuk setiap rancangan yang digariskan .7. Kepentingan mempunyai
wawasan diri:
· Menjadi pendorong untuk kita mencapai
cita-cita.
· Menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri.
· Membantu kita merancang strategi atau langkah
supaya lebih teratur dan berkesan.
· Membantu merealisasikan wawasan negara iaitu
Wawasan 2020.
· Membantu kita mencapai kecemerlangan dalam
hidup.
8. Kita hendaklah menentukan wawasan diri yang
bersesuaian dengan kebolehan, minat dan kemahiran yang dimiliki.
PERKEMBANGAN DIRI YANG
SEIMBANG
1. Perkembangan diri yang seimbang
merujuk kepada usaha melahirkan individu yang
seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2. Individu yang seimbang merupakan
individu yang berilmu pengetahuan dan
berkemahiran,
berakhlak baik dan mulia, bertanggungjawab serta cergas tubuh
badannya.
3. Intelek merujuk kepada aspek
perkembangan minda seseorang untuk berfikir dan
memahami
sesuatu. Perkembangan ini dapat dicapai dengan menambahkan ilmu dan
memperoleh
pengalaman.
4. Rohani merupakan perkembangan
perasaan dan hati yang berkaitan dengan jiwa atau
naluri manusia.
Rohani dapat dikembangkan dengan amalan agama, norma
masyarakat,
pantang-larang dan undang-undang.
5. Emosi merupakan unsur semulajadi
yang ada pada manusia iaitu pengawalan perasaan seperti sayang, marah, takut,
cinta, benci dan sebagainya. Manusia perlu mengawal emosi agar tidak
mendatangkan tindak balas yang negatif daripada pihak lain.
6. Perkembangan tubuh badan dikenal sebagai
jasmani. Tubuh yang sihat akan mewujudkan intelek yang baik, emosi
yang terkawal dan waktu rehat yang mencukupi serta riadah yang sistematik akan
menghasilkan jasmani yang sihat.
7. Keempat-empat aspek ini penting
untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.
No comments:
Post a Comment